Ya Allah,
Aku hanya hamba Mu yang biasa, lemah, penuh rintangan dan dugaan serta ujian dari Mu sebagai tanda kasihMu pada ku. Didalam keadaan ku yang lemah kau hadirkan seorang insan yang sentiasa mendampingi ku ditatkala susah dan senang. Insan yang sederhana penuh dengan liku-liku kehidupan tersendiri tetapi beliau mampu untuk membuat keluarga tersayang bahagia. Insan yang tidak pernah mengalah dengan segala ujian yang diberi oleh Mu ya Allah. Syukur alhamdulillah.
Ya Allah,
Aku bersyukur kerana diberi peluang mengenali beliau. Aku berharap agar Kau sentiasa memberi kami hidayah dan petunjuk Mu. Janganlah engkau berpaling dari kami walau sekali pun Ya Allah. Bawa lah kami ke jalan yang diredhai Mu.
Sebagai seorang wanita, hatiku mudah tersentuh. Disaat aku merindui dirinya, aku hanya mampu berdoa padaMu ya Allah, dengan harapan kau sampaikan salam rinduku padanya. Sewaktu hati terasa cemburu, aku hanya mampu berdoa agar Kau kuat kan hati ku, jauhkan aku dari berfikiran negatif, sematkan didada ku dengan kepercayaan. Aku risau. Aku tidak mahu berfikiran negatif terhadap dirinya. Aku tidak mahu segala yang terfikir menjadi suatu doa. Aku juga takut ia menjadi fitnah. Aku jugak tidak mahu sesuatu menjadi perbalahan antara kami kerana aku takutkan diriMu ya Allah.
Aku pohon, kuatkan hati hambamu ini Ya Allah. Jauhilah aku dari sifat-sifat itu. Ringankan lah dugaan buat diri ku ini ya Allah. Sesungguhnya dugaan dan ujian dari Mu menunjukkan kasih sayang dari Mu, maka aku redhai nya ya Allah. Syukur Alhamdulillah.
Sematkanlah di hati kami rasa sayang dan cinta terhadap dirimu ya Allah..
Assalamualaikum.
