:')

Posted by: Sh. Nurfarhana

Kalau nak dikata "tak" mane mungkin.. Hati wanita mana yang tidak resah tatkala kekasih lame orang yg disayanginya kembali mencari si dia.. Betulkan?

"Wahai hati,
Awak.. Awak tabah la hadapi semua ujian ni.. Awak kuat! Sy tau awak boleh! Awak kan ade Allah.. Kita sama-sama berdoa ye hati.. Doa supaya kita sama-sama kuat!

Hati,
Awak jangan cepat mengalah..Allah sayang kita.. Sebab tu Dia duga kita.. Jadi kita sebagai hambaNya kita kena kuat! Awak ade saya dan saya ade awak dan juga Allah.. Anggap semuanya positif ye awak..! Basya!! ^_^

Tapi hati,
Saya tak nak awak fikir yang negatif tentang dia tau.. Dia bukan macam tu.. Kalau ade tak kemana.. Hati, tadi die wassap kita ni "Andainya kaulah jodohku yg tertulis di lauh mahfuz,Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu.itu jnji ALLAH". Hati tengok, kita kena berpegang pada Allah juga walaupun kita berusaha tapi semuanya kosong kalau tanpa Doa.. Jom hati kita berdoa! "

Sewangi bunga-bunga Cemburu

Posted by: Sh. Nurfarhana

Asslamualaikum, 

        Mungkin tajuk sahaja telah memberi seribu satu persoalan dimindakan? Juga begitu kepada diri ini. Apa mungkin cemburu mampu menjadi sewangi kuntum-kuntum bunga yang memekar indah? Jikalau diikut kan perasan mungkin ini jawabnya, "ahh! tak mungkin. Cemburu tidak boleh menjadi indah. Ia hanya mampu bawa kearah perbalahan sesama pasangan!" betol kan? kalau kita cuba sejenak, berdiam diri, dan fikirkan apa yang terlintas di hati sewaktu kita cemburu. Bagiku, cemburu boleh membawa seribu arti dan juga didalam pelbagai bentuk. Mungkin ia hadir kerana persahabatan, dari kehendak, keinginan dan mungkin juga dari perasaan sayang yang ingin menjaga kesempurnaan. Siapa tahu kan? Setiap yang terdetik di hati mungkin adalah ujian buat kita atau pun kebahagiaan. Namun, jangan lah jadikan cemburu itu sebagai sesuatu yang buruk dan memudaratkan. Percaya atau tidak, ia mampu memberi kebahagiaan akan tetapi dengan cara yang betul! ^_^

Ketika jaring-jaring cemburu bergelora,
Ia mampu memenuhi buih lautan dihatiku,
Namun, 
Biarlah ku kuatkan hati yangmungkin terguris dengan sejuknya dan tenangnya aroma zikirullah,
dan
Biarkan lah ku membasahinya dengan zam-zam syukurku.

       Awak, Jika awak ada terbaca. Ini untuk awak..

      Kata-kataku mungkin tidak melambangkan diriku sepenuhnya, namun, setiap yang berlaku penuh hikmahnya. Aku juga mungkin cemburu dan apa yang pasti ia mampu terukir diwajahku. Maaf aku tidak tahu untuk melawan perasaan cemburuku. Maaf, aku tak mampu untuk mengukir wajah yang mampu menghalang diri mu dari mengetahuinya. Tatkala cemburu mula terukir dihatiku, dan dzan (sangkaan) mula muncul, aku hanya mampu mengusirnya dengan tawakal kepada Allah kerana Dialah pengendali segala sesuatu. Inginku basuhi segala cemburuku dengan tasbih dan kekuatan ayat-ayatNya. Jika hati yang lemah ini masih tidak mampu menahan segala beban cemburu akanku lakukan sujud panjang disepertiga malam, diwaktu hanya ada aku dan Penciptaku. Tangisan disejadah memberi kekuatan pada diriku untuk menjadi seorang hawa yang tabah..

Birunya langit yang kutatap,
Memancarkan indah pelangi mewarna,
Anggunnya pesona citra kuharap,
Menghiasi semaraknya niat yang tertata,
Biarlah rintangan akan menjadi guru,
Biarlah keraguan berubah kemantapan.

awak,
Rindu berbagi doa segera diubati,
Rindu berbagi masa segera terjalani,
Hari-hari menempuh samudera,
Berlayar di lautan-Mu,

Ya Allah, Bimbinglah kami selalu.
Amiin.

Posted by: Sh. Nurfarhana

Teruskan tersenyum walaupun hati tak tabah.. Teruskan tersenyum buat yang tersayang supaya mereka senang dan tenang melihat kita, walaupun di hati kita remuk. Teruskan lah tersenyum dan berdoa supaya diberi ketabahan dan kekuatan menempuh segalanya.. Amiin..