Sewangi bunga-bunga Cemburu

Posted by: Sh. Nurfarhana

Asslamualaikum, 

        Mungkin tajuk sahaja telah memberi seribu satu persoalan dimindakan? Juga begitu kepada diri ini. Apa mungkin cemburu mampu menjadi sewangi kuntum-kuntum bunga yang memekar indah? Jikalau diikut kan perasan mungkin ini jawabnya, "ahh! tak mungkin. Cemburu tidak boleh menjadi indah. Ia hanya mampu bawa kearah perbalahan sesama pasangan!" betol kan? kalau kita cuba sejenak, berdiam diri, dan fikirkan apa yang terlintas di hati sewaktu kita cemburu. Bagiku, cemburu boleh membawa seribu arti dan juga didalam pelbagai bentuk. Mungkin ia hadir kerana persahabatan, dari kehendak, keinginan dan mungkin juga dari perasaan sayang yang ingin menjaga kesempurnaan. Siapa tahu kan? Setiap yang terdetik di hati mungkin adalah ujian buat kita atau pun kebahagiaan. Namun, jangan lah jadikan cemburu itu sebagai sesuatu yang buruk dan memudaratkan. Percaya atau tidak, ia mampu memberi kebahagiaan akan tetapi dengan cara yang betul! ^_^

Ketika jaring-jaring cemburu bergelora,
Ia mampu memenuhi buih lautan dihatiku,
Namun, 
Biarlah ku kuatkan hati yangmungkin terguris dengan sejuknya dan tenangnya aroma zikirullah,
dan
Biarkan lah ku membasahinya dengan zam-zam syukurku.

       Awak, Jika awak ada terbaca. Ini untuk awak..

      Kata-kataku mungkin tidak melambangkan diriku sepenuhnya, namun, setiap yang berlaku penuh hikmahnya. Aku juga mungkin cemburu dan apa yang pasti ia mampu terukir diwajahku. Maaf aku tidak tahu untuk melawan perasaan cemburuku. Maaf, aku tak mampu untuk mengukir wajah yang mampu menghalang diri mu dari mengetahuinya. Tatkala cemburu mula terukir dihatiku, dan dzan (sangkaan) mula muncul, aku hanya mampu mengusirnya dengan tawakal kepada Allah kerana Dialah pengendali segala sesuatu. Inginku basuhi segala cemburuku dengan tasbih dan kekuatan ayat-ayatNya. Jika hati yang lemah ini masih tidak mampu menahan segala beban cemburu akanku lakukan sujud panjang disepertiga malam, diwaktu hanya ada aku dan Penciptaku. Tangisan disejadah memberi kekuatan pada diriku untuk menjadi seorang hawa yang tabah..

Birunya langit yang kutatap,
Memancarkan indah pelangi mewarna,
Anggunnya pesona citra kuharap,
Menghiasi semaraknya niat yang tertata,
Biarlah rintangan akan menjadi guru,
Biarlah keraguan berubah kemantapan.

awak,
Rindu berbagi doa segera diubati,
Rindu berbagi masa segera terjalani,
Hari-hari menempuh samudera,
Berlayar di lautan-Mu,

Ya Allah, Bimbinglah kami selalu.
Amiin.

This entry was posted on 9:05 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment