Indah Bila Hati Bersama Allah

Posted by: Sh. Nurfarhana

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah telah masuk ramadhan ke 15.. Sekejap je masa berlalu, begitu juga dengan bulan yang mulia ini. Akan sy rindui ia nanti. Tujuan sy menulis kerana terdetik nya hati selepas membaca satu artikel di laman web I luv islam. web tu banyak artikel yang boleh dibaca.. best tau..

Dalam dua-tiga hari kebelakangan banyak ujian Allah menguji diri yg lemah ini. Tetapi sy leka. Sy tidak sedar bahawa Allah sentiasa beri Hidayah dekat saya. Selepas membaca artikel tu.. Sy sebak.. Sy ni hamba yg lemah.. Sy rindukan Allah setiap masa.. 

Di saat sy lemah.. Allah datangkan dia dalam hidup.. tanpa lekang tanpa penat tanpa fikir tentang diri sendiri, dia selalu memberi semangat, nasihat, muhasabah diri. Dia Jafrie. Sudah setahun sy kenal dia. Banyak nasihat agama yg dia bg.. banyak teguran-teguran.. Saya bersyukur.. Allah xpernah tglkan sy seorang. dan Allah xkan duga hambanya jika hambanya xmampu.

Pernah x malam2 tiba-tiba terjaga..lepas tu x boleh tidur? sama la dengan sy.. tu cara Allah kejutkan kita..supaya kita buat solat tahajjud.. tp kadang2 kita x perasan pun kan.. di saat itu sy rasa diri ini jahil.. sy pun menanam kan di dalam dada. jika sy terbangun akan sy lakukan solat tahajjud. dan jika sy lupa, sy pohon Allah memberi sy petunjuk. amin.

kemudian, kadang2 sy terfikir, kenapa Allah x berikan sy peluang bergembira bersama keluarga seperti keluarga2 yg lain? kadang2 rasa seperti segalanya xcukup. akan tetapi sy pasti bahawa Allah nak sy tarbiyyah dengan sifat sabar. Allah nak sy belajar sifat sabar dan mensyukuri dengan nikmat yg telah diberikan kerana sesungguhnya ada yg tidak dpt hidup berumah, ada yg hanya makan sekali sehari, ada yg terpaksa ikat perut, ada juga yg x memiliki keluarga. apakah lagi yg sy inginkan? tidak cukupkah dengan apa yg telah diberikan,masih berlaparkah sy, tidak berpakaian kah diri ini..haruskah diri ini mempertikaikan pemberianmu ya Allah..Subhanallah..astaghfirullah al-azim...ampunilah diri ini ya Allah. 

Ya Allah, ampunilah kesalahanku, ketidak tahuanku dan sikapku yang berlebihan dalam urusan-urusanku, serta dosa-dosa lainnya yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku.
Ya Allah, ampunilah dosa yang aku lakukan dalam kondisi bersungguh-sungguh dan kondisi bersendau gurau, kekeliruanku dan kesengajaanku dan semua kesalahan itu berasal dari diriku sendiri.
Ya Allah, ampunilah dosa yang telah aku lakukan pada masa lalu dan dosa yang aku lakukan pada masa belakangan, dosa yang aku sembunyikan dan dosa yang aku lakukan secara terang-terangan, serta dosa-dosa lainnya yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku.
Engkau Maha Mendahulukan dan Engkau Maha Mengakhirkan, dan Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu (HR. Bukhari no. 6398 dan Muslim no. 2719)

Di dalam masa yg sama, Allah mengajar sy untuk redha akan segala ujian nya. Allah mengajar sy, mendetikkan  hati sy untuk menggunakan masa sebaik baik masa.. kerana disetiap waktu itu, sy akan bertanyakan soalan di hati, "bersedia kah sy untuk mati? sudah cukup amalan dan amal jariah? diterima kah segala amalan2 ku? cukupkah taubat ku?". Oleh kerana segala ujian dan dugaan, sy belajar utk menyayangi, mensyukuri dan sabar. Akan tetapi diri ini masih dalam perjalanan yg jauh untuk menjadi yg terbaik. insyaAllah.

“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, ayat 216)

“… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah) 

Lumrah hidup manusia yg sentiasa dahagakan kasihNya. Memohon dan terus memohon, Bertaubat dan terus bertaubat. Mudah-mudahan Allah menerima segala Amalan n taubat. insyaAllah.. Doakan sy menjadi hambaNya yg lebih mensyukuri, yg lebih menyayangi. amin.